Sunday, 28 July 2013

Home made Almond London.

 Tak susah pun nak buat tapi cabaran kuat juga, sambil2 membuat tu mulut pun berbunyi sama, Hana sibuk nak join sama, tapi tangan tak basuh, bila mama tak bagi ofkos lah melalak manjang. Tiap tahun salunya beli jer kat kawan my mak, but this year dah tak amek order, so buat la sendiri sbb ni fav Maliha. 

 Ni marshmallow. Maliha yg prepare, lebih kurang experiment lah tu.... mama biar jer dia guna microwave oven. Comel jugak kan? Siap amek atas tikar jer plak. Ni penangan mak berblog, anak pun sama sikit2 nak amek gambar. Bila nak makan dia just pop into the microwave oven for 20sec on low power, dia lah bagitau... Banyak kali ulang cakap plak tu, biar lah asalkan happy dan tak sibuk ngan ipad manjang. La ni dah pandai pakai Line chat, chatting ngan BFF dia si Hani, base ngan apa yg dia salu cerita apa dia buat kat sekolah dengan Hani, mmg both ada banyak persamaan. Both dah jadi BFF masa kat tadika lagi tapi lepas tu berpisah sbb kami pindah ke kelantan, lepastu balik Saujana utama mereka jumpa balik tapi masing2 malu nak tegur until standard 3 bila dapat kelas yg sama 3Amanah, kat KAFA pun satu kelas dorang start berkawan semula, itu pun atas initiative sorang lagi kawan tanya Hani kenal x Maliha. Apa lah budak duorang ni, mmg peel sama, nak berkawan semula pun malu2 sebab malu nak tegur. 

Semalam berjaya beli kasut raya kat kedai kat2 rumah jer, dah tak hingin nak gi big malls lagi dah, kalau kat Jusco tu mana yg berkenan, manjang jer takder stock, price plak paling toyer nak kat $40, pakai nya kejap jer sbb lebih suka berselipar jer. So semalam masing2 happy jer beli kasut kat nazara, pukul rata $10 sepasang... Huhuuuuuu.... Ni mmg beyond berbaloi sbb kalau pergi big malls letih mengharung crowd, cost makan lagi, sbb salunya sampai jer mesti makan dulu.... Lepas tu baru shopping, lepas penat dan stress shopping, bebudak ni mesti demand nak makan lagi, tu blom campur kena pau dengan Faiha dan Hana nak beli toy , paling tidak pun strickers. 

Baju raya Jannah, kirim kat kakak jer sbb dia rajin merayap, tak kisah lah apa jenis pun janji selesa dan x payah iron :p


Thursday, 11 July 2013

Ramadhan kali ini

Apalah dah pukul 2.30pagi masih x boleh lelap lagi, penangan minum nescafe sebelum beraktiviti Ramadhan tadi kot, dah 2 hari x dapat candu, skali pekena terus terbuntang mata ni.... Huhuuuu....

Sekejap jer nak masuk Ramadhan 3rd. Ramadhan 1st jatuh on 10th July, which was 1st anny Hana punya operation. Stakat ni alhamdulillah, tapi kami masih juga monitor keadaan dia, kadang gelojoh  sangat makan mesti sakit kat part yg kena operate tuh.... Pastu muntah sikit.... Pastu kena lah mama monitor poop dia dan report kat papa, kalau gelap harus lah kena paksa amek ameprazol. Kesian pulakan.... Malas nak citer/pikir panjang... I just go with the flow dan ikut cakap laki.... Asalkan hana happy.... Teruskan ajer hidup seperti biasa. Cuma lately sicekonit ni skang dah pandai cakap macam2... Kadang2 kelakar... Kadang2 geram dibuatnya.... Ayat tak bleh blah dia.... "Ishhhh... Botan lahhh" (botan=bosan) Apalah budak yg tak cecah 3 tahun lagi ni tau apa tuh bosan?
Biasalah budak umur 2 tahun obsessive.... Tapi si hana ni dah tahap buat the whole family naik bengang....  Sampai papa nak basuh tangan kat sink pun x boleh, dia kata dia punya! Dan macam2 lagi lah.... Mmg dugaan betul..... Mama salu kena pujuk hana.... "Mama sayang hana.... Sayang sangat... Mama tak pergi mana2" etc.....


Faiha pula on the eve of ramadhan dia sibuk la kata nak belajar puasa.... Mama x la galakkan sgt sbb baru 5 kan? 1st Ramadhan, lunch mama masak bubur nasi berlaukkan udang goreng, dan terus hidang untuk dia dan hana, boleh pulak dia tanya.... "Mama.... Kata nak belajar puasa?" ... Dan boleh pulak mama jawab "haah ekkk... Lupa plak mama.... Hmmm ... Makan jer lah... Mama dah hidang".
2nd ramadhan sebelom ke sekolah dah siap2 makan, dia nak justifikan dia x yah puasa, siap bagi tau..."mama, perut faiha berbunyi lah... Kenapa mama? Perut papa x bunyi pun.... " Mama kata " alah pergi makan lahh... Mama dah siap masak pun" ...... Pihak sekolah x provide makan dan minum sbb nak galakkan students belajar berpuasa, bekal air pun x boleh bawak. So si tembam tu puasa lah... Ada lah 3 jam 1/2. Habis sekolah belum masuk rumah dah kata dahaga sangat... Dan nak justify kan lagi dia boleh makan... Dia kata " mama, teacher kata sampai rumah terus makan" hehehehehh....tak main lah cakap direct, mesti nak berkias2.

Maliha macam biasa lah puasa ok jer ... Cuma 1st day pas balik sekolah... Asik marah2 jer... Penat lah tu...  2 nd day very good, siap set alarm waktu berbuka, kalau tak bukan dia kisah pun nak tgk waktu.

Mama pulak... 1st day baru pukul 10pagi dah hypo.... Sakitnya kepala macam kembang kecut otak ni.... ingat tidur boleh hilangkan tapi makin sakit... so recite quran, kurang la sakit.... x boleh buat lain2 kerja yg perlukan banyak movement, nnt lagi teruk hypo..... Lepas berbuka, telan paracetamol, baru boleh tidur... Maka rugi lah 2nd day tarawih. Ramadhan kali ni cuba2 merajinkan diri untuk lebih beramal.... Dah lama mama tinggalkan sumer2 ni sejak ada anak.... Lagi pun nak tunjuk good example kat anak2 dan cuba nak kasi dorang merasai the spirit of Ramadhan. Tahun lepas berjaya bawa Maliha dan Faiha pergi solat raya... Excited bebudak tu.... Tahun ni dorang nak pergi lagi tapi tak boleh lah sbb ada baby.
So 2nd day kena ada good preparation lah, malam sebelom tidur kena supper dulu... Then sahur kena 2 biji 1/2 boil telur dan kurma banyak2 dan roti nutella dan milo. Alhamdulillah.... Cuma sakit pala sikit2 jer.

Angan2 nak jahit langsir raya dan baju kurung x menjadi.... Last wekend gi plaza masalam dah siap2 beli baju raya untuk faiha, hana dan jannah... Boria lah nnt budak2 ni.... Kakak belum ada lagi sbb xder size, ingat nak suh dia pakai jubah kali ni. Baju kurung cotton simple jer mahal nak mampus, bagi mama ni kira mahal lah kan.. Untuk faiha 75dollar... Hana 55dollar dan jannah 45dollar.... Wuihhh size cekonit pun sampai 45hinggit! Malas nak pikir... dan rasanya x larat nak shopping2 time puasa... so beli jer lah.....Okehhh... Next year baik mama borong segulung kain ... Leh jimat.... Anak sumer pompuan.... Ngan mak2 skali pakai kain yg sama.

 Size zero for little Jannah

Friday, 21 June 2013

Rasa- rasanya kebelakangan ni macam ramai pula yg tgh pregnant. Bila nampak preggy mom ni mula lah tersenyum sowang2... Hahaha... Bukan apa.... Teringat my own story. To me the best moment bila masa tengah final push dan baby pun keluar lajuuuuu jerrrr.... Truuuuuutttttt..... Doctor ngan assistants sumer  cheered, dan letak baby atas kita.... tak terkata indahnyer tengok muka baby for the pes taim!!!! Now  that i have 4 .... 4 girls.... Cukuplah... Dah kira ramai lah tu.... Hiruk pikuk rumah......  Walaupun semua perempuan..... pening kepala juga dibuatnya... mmg bukan type duduk diam.... ada jer benda dowang nak buat.... Now pergi mana2 pun orang tengok girls berderet2 mesti gatal mulut nak suh kita preg lagi hoping for boy plak. Oh...no no no.... To tell the truth, i am proud to have them. I feel blessed.

Hana was born in 2010. So plan nyer lepas breastfeedkan dia for 2 years, baru la nak conceive lagi, which means masa tu my age dah 38! ...hmmmm 38 rasa dah tua sangat, tapi nak sangat kannn.... . So... I evening sembang2 ngan papa, he told me that 1 of his colluege tengah preg triplet. Wow triplet!.... Best nyer ada kembar.... Selalu gak berangan ada anak kembar... So i told papa on the  idea of getting ivf treatment.... Hehehe... Dia kata jaga sowang pon dah stress berangan nak jaga twins.... Hahahaha... Tu mmg fact! Lepas habis sembang, masa nak baring tiba2 terasa mual semacam.... Pelik rasanya....pregnant kah aku?.... Berdebar2 jantung dibuatnyer....! Next day terus pegi pharmacy beli test kit.... Sampai rumah tak sabar2 terus test.... Haaa.... Amek kau... 36 dah dapat sowang lagi.... Huhuhuhuuu.... Selepas confirm preg mmg lah happy tapi at the same time rasa susah hati juga sbb hana baru jer celebrate her 1st birthday. Still breastfeeding. Multi vit pun kadang2 jer ambil. Dah 5month preg baru stop nursing Hana.

Tak lama sepas stop nursing Hana, Hana mula sakit. Rasanya dia dah mula sakit dari umur dia 10bulan, tapi dia bertahan sbb bf. Sepas no longer bergantung dgn bf, dia mula banyak makan macam2 which actully aggravated her condition. Campur tolak adalah 2 bulan kami berkampung kat hospital. Dalam keadaan tgh preg rasa seksa sangat menjaga anak yg tgh sakit. Mmg tak sempat nak manja2 kan diri cam org lain kalau preg!  Makan minum pun tak terjaga, selalu juga berlapar, sbb Hana kena puasa. Bila nak makan kena menyorok belakang tirai ward, makan laju2 sebelum Hana cari. Sebenarnya mmg tak fikir sangat diri preg sbb fikiran lebih banyak pada Hana, mama selalu kena fikir cemaner nak kasi Hana happy.... in fact Hana sebenarnya stress sbb a good eater like her kena berpuasa, dengan IV line kena tukar every 2 or 3 days yang sangat menyeksakan, kadang2 amek almost satu jam sambil dia menjerit2, luluh hati rasanya. Masa di hospital sg. Buloh selesa, ward pun macam private hospital. Nak tidur sekatil dgn Hana pun senang sbb katil ada railing. Boleh guna cot tapi Hana prefer tidur ngan mama, biasalah budak tgh sakit mmg nak mama jerrr. Tapi keadaan kat HKL mmg menyeksakan, Hana mesti tidur dlm cot sbb katil xder railing, dah lah katil ngan cot x sama level, tgh2 7months preg mmg rasa cam nak tercabut tulang belakang tidur senget2, tidur pun tak lena sbb Hana kena amek medication on schedule dan IV line pun mama kena check selalu, nak make sure part yg ada IV line tu tak bengkak. 


To be continued.........


Tuesday, 18 June 2013


Jannah dah 9months. 
Dah ada 4 batang gigi. 
Dah boleh lambai2 tangan and say bye bye.
Bila dengar music/song mesti tepuk2 tangan sambil mulut tu pun berbunyi, nyanyi lah tuuu... Hahaha... Cute sangat.
Suka sangat meniti... Pantang ada tempat dia nak pegang, mama x terkecuali, mesti dia cuba berdiri. Kalau nak jatuh, dengan rambut2 mama sekali dia tarik, siap berbunyi... Sakitnyerrrr!
Yang tak bestnya sekarang ni mmg x boleh jauh lansung dengan mama, baru melangkah setapak dia dah menangis, banyak house chores yg tertangguh.... Mana yang tak boleh tangguh tu mama buat la sambil dengar choir dia.... Memang letih sangat2... Selalu stress.... Kadang2 loose control dibuatnya, mulalah naik antu... Hehehehe.





Faiha dah 5.1 yo. School holiday lepas masa kat kampung, dia ngadu gigi sebelah depan row bawah dah goyang, rupa2 nya gigi kekal dah pun tumbuh, patut la dalam 2 3 minggu sebelum ni mama notice cam ada kelainan sket kat gigi tu mcm nampak kecik sikit dan gap between teeth pun makin besar. Senget sikit lah gigi baru tu sbb gigi susu tak tanggal lagi, so next day lepas balik kl terus pergi dentist dan cabut 2 gigi terus sbb 2 2 pun dah goyang. Kira cepat lah jugak budak tembam ni tumbuh gigi kekal. Tak sabar nak tgk gigi atas pula tumbuh.Mama kata faiha dan jannah tengah lumba tumbuh gigi, Jannah menang sbb Jannah dah tumbuh 4.

Monday, 10 June 2013

Childhood BFF

Gang 4 orang masa standard 6 di MGSKL(2) Brickfields kelas 6M.

Last 3 weeks tiba2 teringat dekat dorang, sajer2 lah find dekat FB... Hasilnya last Saturday 8/6/13 kami berempat jumpa jumpi kat Coffee Bean Midvalley. Janji pukul 3ptg tapi sampai awal sikit.... walaupun nak jumpa gang tapi rasa berdebar2... maklumlah lama tak jumpa.... last skali kami jumpa was around 10yrs ago. Rasa rindu sangat. 

From left Siti, Ina, Nur and me. Pic taken in1988. Tengah lepak2 kat locker blakang kelas time cikgu takder.... theme song kami Masih Aku Terasa by Gersang. Ni zaman rock kapak. Seronoknya lepak2 time ni gelak2 besar memekak jerrr cikgu tak marah pun sbb kelas A. Gaduh2 ngan cikgu yg tak berkenan ngan kami.... buli2 bebudak kelas belakang.... hahahaha!


Now! Alhamdulillah dapat amek pic ikut susunan pic1988. Rasa2nya dorang ni tak banyak berubah... the way they laugh, cracking jokes etc.... COG selalunya Ina lah.... hahaha.... Love u girls! 

Aku pilih CBTL sbb kat situ bising, so takder masalah kalau kitorang pun bising sama.... paling best dapat meja yang ada sofa kat blakang2 tuh.... makin menjadilah huhahuha. Lepak for 2hrs... nasib tak kena halau... While mama berjimba dengan kawan2  papa jaga the 4 daras. Memang lah seronok jalan2 ngan papa... boleh makan2 dan beli toys... kakak dapat little pet shop, Faiha dan Hana masing2 dapat Barbie doll... huhhh dah 4 ekor Barbie doll kat umah ni...Kalau jalan2 ngan mama mmg la bosan lagi2 masuk kedai baju... hehehe....... thanx papa for being so so so understanding. 

Me 4girls, Ina 2boys 1 girl, Nur a singlemom of 3boys and Siti singlemingle lagi. Really hope we can meet up again..... dorang okay jer anak2 dah besar yang eldest dah 15yo!... aku ni lah payah masih ada babies lagi. Kena pandai2 pujuk papa jaga:))


Friday, 7 June 2013

Kutu strikes back!

Sejak August last year bermula lah episode kutu kepala ni. Sebelum tu tak pernah pulak budak2 ni terjangkit, tapi sekarang lepas rawat dan sure dah free, kena jugak selalu2 check pala dorang. Rasa2nya dah selalu check sbb mama yg brush rambut dorang. Tapi 3 hari lepas bila mama check rambut Faiha jumpa telur siap meletus lagi bila picit ngan kuku. Bengang sangat, ngan saper plak kali ni dia terjangkit. The next day terus gi AA pharmacy kat bangsar beli Lice Clear. And that afternoon mama treat Faiha.... Banyaknyerrrr....... Bukan 10 atau 20 atau 30.... Tak terkira banyaknyerrrr! Eeeee..... Saper lah culprit yg tak reti jaga anak masing2 , menternak kutu sampai menjangkit kat pala anak2 aku endless!

Product ni mmg sangat berkesan, liquid gel form, oily. Sikat included.

Cuticutibalikkampung

Rumah MIL di Pengerang Johor, nak kata jauh tak lah jauh sangat masih dlm semenanjung malaysia lagi.... Nak kata dekat pun tidak.... Usually it took us 6hrs to reach there. Tu kira minimumlah... Kadang sampai 8hrs.... Sbb budak2 nak gi toilet banyak kali ... Nak makan santai2....Nak main kat play ground kat r&r.... Papa nak tido kejap.... Memang rasa lama sangat travel. The reason why kami x balik selalu... The last time kami balik 5 bulan lepas. Kalau dulu sebelum anak2 sekolah boleh la balik bila2 masa papa rasa sesuai dia nak amek leave. Now nak balik kena consider cuti anak2 n cuti papa.... Dan kalau balik at least 3 hari disana x masuk hari travel... Means 5 days lah... Nak kasik baloi drive berjam2... Kalau spend 1 hari jer mmg rasa cam masak jer bonbon dok lama dalam keter.
So school holidays kali ni mmg balik kampung la..... Tak sempat nak bawak bebudak ni makan angin.... Kesian, kami bawa la dorang main kat Batu Layar which about 1/2hr drive from rumah nenek....2 hari pergi..... Janji dorang enjoy.... Alhamdulillah bebudak ni bukan jenis demand nak holiday sanasini. Lagi pun dah niat nak bawa Hana main air lepas g-tube removed.

Bila travel jauh, barang sumer dekat sebelah driver seat. 2seats kat tengah dan back row flat, so kurang la gaduh sempit lahhh... Panas lahhh.... Nak duduk ngan mama laaaaa.....  Si baby Jannah pun syiok golek2 pastu tertidur sendiri.

Papa jer teman kakak2. Mama kena jaga Jannah.

Good girl! X complain pun lama tunggu kakak2 abis main. Oh..... Baby ni dah boleh duduk! At 8month!

Batu Layar... Lagi2 datang cini..... Hehehe